Layan

Wednesday 19 December 2012

Jenayah Siber....Salah siapa??



     Laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya.
Itu kes yang dilaporkan. Mungkin banyak lagi yang tidak dilaporkan dan jika diamati pasti jumlah berkenaan amat membimbangkan semua pihak.

     Paling membimbangkan, isu jenayah siber mengheret pelbagai peringkat usia, termasuk kanak-kanak dan remaja ke kancah berkenaan sehingga boleh meruntuhkan integriti generasi muda jika tidak dikekang.Kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahun terdedah dengan gejala negatif dunia siber manakala 94 peratus pengguna internet di Malaysia adalah remaja.Malah, laporan di akhbar tempatan, kebanyakan kes jenayah siber membabitkan remaja sekolah menengah hingga ke peringkat universiti sedang mereka sepatutnya mengetahui mengenai nilai kendiri yang perlu ada untuk melindungi diri daripada jenayah itu.

     Ibu bapa mungkin tidak menduga perkara itu dan menganggap anak mereka bebas gejala terbabit. Namun, natijahnya amat menggerunkan kerana ia berkaitan akhlak remaja generasi kini yang sewajarnya ditatang dengan baik untuk mewarisi pemimpin, pada masa depan.Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata bentuk kekeluargaan yang ada di negara ini menyumbang kepada corak integriti yang wujud kini terutama mengenai kebebasan menggunakan kemudahan siber.

      Katanya, kepelbagaian bentuk perhubungan melalui dalam talian yang wujud hari ini seperti Facebook (fb), Twitter, Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia adalah pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik.“Ada pelbagai sebab kenapa mereka melayari internet. Antara alasan lazim untuk mendapat maklumat, pendidikan, berkomunikasi, urus niaga membabitkan kewangan, ada juga yang melakukan e-transaksi kerajaan, membeli-belah serta melakukan perkhidmatan awam.

     “Sehubungan itu, ibu bapa perlu peka dan tahu apa dilakukan anak ketika mereka melayari internet kerana pelbagai sumber maklumat sama ada negatif atau positif boleh diperoleh dengan mudah,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja Keibubapaan Efektif Dalam Menangani Media Baru pada Seminar Pemerkasaan Integriti Keluarga, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.“Remaja dan kanak-kanak menghabiskan masa 4.5 jam sehari melayari internet dengan remaja lelaki mendahului remaja perempuan berhubung penggunaan bahan porno di internet. Ibu bapa tidak tahu anak mereka mengguna purata, 19 jam seminggu untuk membuat carian di internet.

      “Kajian menunjukkan wujud kesan negatif daripada bentuk media baru ini. Ibu bapa tidak tahu 25 peratus kanak-kanak dan remaja berbual dengan orang yang tidak dikenali dan hanya empat daripada 10 ibu bapa saja yang mengetahui apa yang dicari anak di internet,” katanya.Sehubungan itu, Aminah menegaskan, pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan bagi membendung gejala keruntuhan moral disebabkan media baru, pada masa sama mengukuhkan integriti dan jati diri remaja serta kanak-kanak di negara ini.“Ada dedahkan alamat rumah, beri butir akaun termasuklah sebarang maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi dengan orang yang tidak dikenali.

Monday 17 December 2012

Anda Perlu Tahu


16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir


  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi   berusia 5 minggu. 
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
  • Fakta Berkaitan dengan Senyum


    Fakta menarik berkaitan senyum
    Assalamulaikum w.t.b....

    Berapa kalikah  untuk hari ini anda senyum??adakah sekali,2 kali,3 kali,4 kali atau tidak ada sama sekali...Jom kita baca fakta berkaitan dengan senyum :-


    1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
    2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
    Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
    3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
    4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
    5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
    Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
    6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
    7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
    8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
    Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
    9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
    10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
    11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
    12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
    13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
    14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
    Oleh itu apakah alasan anda untuk tidak senyum??Mulakan hari anda dengan Senyum.Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakansesebuah ikatan.


    Senyum-senyumlah selalu...... ^____________^.Hidup anda akan berubah...

    Fakta Menarik Tentang Tidur


    Fakta Menarik Tentang Tidur

    Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.



    Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu.

    Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja.
    Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh.
    Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue.
    • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
    • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
    • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
    • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
    • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
    • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
    • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
    • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
    • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
    • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar.
    • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
    • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
    • Suhu tubuh  akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
    • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.
    Bagaimana mendapatkan Tidur yang Sihat?

    1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari musik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.

    2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman

    3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.

    4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.

    5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.


    Sunday 9 December 2012

    Kebiasaan Atau Luar Biasa

    Assalamulaikum....hye lama tak update blog tina...huhuuhuhuuhuhuuhhu...mungkin kekurangan masa memandangkan dekat-dekat hujung semester banyak benda dilaksanakan lebih-lebih budak sukan.So malam ini ada kesempatan sedikit untuk mencoret beberapa perkara dan kenangan sepanjang tina menjadi pengelola beberapa event.

    Event pertama yang tina laksanakan adalah pertandingan Gimnasrada yang bertempat di Gimnasium Upsi.Kemeriahan memang dapat dirasa semasa pertandingan dengan melihat ragam dan telatah peserta dengan aksi alah-alah gimnastik profesional.



    Mereka dengan Kegembiraannya


    Event seterusnya ialah Karnival Super Upsi Siri 3 Upsi.Karnival ini dijalankan selama 3 hari dan berakhir pada hari ini.Banyak benda tina pelajari semasa berlangsung karnival samaada pengalaman manis mahupun pahit.Tapi syukur everthing we plan go on with smooth walaupun ada cacat sedikit.Never mind cause nothing is perfect??....Tapi serius memang rasa kepenatan daripada merancang karnival ini terbayar dengan kejayaan event ini.Rasanya segala pengorbanan,tidak cukup tidor,ponteng kelas,mendengar kritikan dan letaran hilang melihat perancangan event ini berjaya.


    Perasmian pembukaan super upsi

    Crew Super Upsi siri 3
    Rajinkan crew publisiti 
    Penutupan Karnival Super Upsi siri 3



    So,Tina nk ucapkan tahniah kepada team Galaksi dengan Zeta Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan Upsi kerana telah jayanya menganjurkan Karnival super Upsi untuk Tahun ini.














    Monday 3 December 2012

    Saturday 1 December 2012

    Assalamulaikum wtb...
    Pagi ini saya mendapat idea menulis  serba sedikit tentang "kebimbangan".Dalam beberapa hari ini,rasa kebimbangan sering melanda hari-hari saya.Hidup sebagai pelajar bagi pandangan peribadi saya haruslah mempunyai sikap"kebimbangan"yang banyak.

    Perbezaan "Stres" dengan "kebimbangan".
    Dua perkataan diatas adalah dua rasa atau perlakuan yang berbeza."Stres" didefinisikan sebagai tindak balas tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekan yang dihadapi di persekitaran yang berpunca penglibatan dalam aktiviti fizikal dan tekanan mental."Kebimbangan pula dimensi emosi dan kognitif dimana kebimbangan dijelaskan sebagai "ancaman"yang dijangka oleh seseorang individu.Kebimbangan berpunca daripada kebangkitan stres berdasarkan interprestasi negatif yang dibuat oleh pelaku.

    Punca kebimbangan
    1.Tekanan terhadap fizikal individu
    2.Tekanan terhadap ego
    3.Ketidaktentuan
    4.Perubahan
    5.Penilaian atau perbandingan sosial


    Jenis-Jenis kebimbangan
    1.Kebimbangan tret(trait anxiety)
    Merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu dimana dia sering mentafsirkan situasi persekitaran mereka menekan atau menggugat diri.Persepsi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
    Contohnya:seorang individu yang mempunyai darah gemuruh secara semula jadi mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi sekiaranya diberi peluang untuk berucap di kalayak ramai.Hal ini kerana tindakannya dipengaruhi oleh situasi sekelilingnya

    2.Kebimbangan seketika
    Tahap kebimbangan semasa yang terhasil daripada persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat dalam persekitaran pada waktu itu.Bagi individu yang mempunyai darah gemuruh tadi mentafsir bahawa tekanan yang wujud dalam persekitaran cukup menekan,maka individu tersebut bertindak atau memberi respon yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangannya.


    Rujukan:"Mengaplikasikan teori psikologi dalam sukan"oleh Shaharudin Abd.Aziz