Layan

Wednesday 19 December 2012

Jenayah Siber....Salah siapa??



     Laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya.
Itu kes yang dilaporkan. Mungkin banyak lagi yang tidak dilaporkan dan jika diamati pasti jumlah berkenaan amat membimbangkan semua pihak.

     Paling membimbangkan, isu jenayah siber mengheret pelbagai peringkat usia, termasuk kanak-kanak dan remaja ke kancah berkenaan sehingga boleh meruntuhkan integriti generasi muda jika tidak dikekang.Kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahun terdedah dengan gejala negatif dunia siber manakala 94 peratus pengguna internet di Malaysia adalah remaja.Malah, laporan di akhbar tempatan, kebanyakan kes jenayah siber membabitkan remaja sekolah menengah hingga ke peringkat universiti sedang mereka sepatutnya mengetahui mengenai nilai kendiri yang perlu ada untuk melindungi diri daripada jenayah itu.

     Ibu bapa mungkin tidak menduga perkara itu dan menganggap anak mereka bebas gejala terbabit. Namun, natijahnya amat menggerunkan kerana ia berkaitan akhlak remaja generasi kini yang sewajarnya ditatang dengan baik untuk mewarisi pemimpin, pada masa depan.Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata bentuk kekeluargaan yang ada di negara ini menyumbang kepada corak integriti yang wujud kini terutama mengenai kebebasan menggunakan kemudahan siber.

      Katanya, kepelbagaian bentuk perhubungan melalui dalam talian yang wujud hari ini seperti Facebook (fb), Twitter, Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia adalah pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik.“Ada pelbagai sebab kenapa mereka melayari internet. Antara alasan lazim untuk mendapat maklumat, pendidikan, berkomunikasi, urus niaga membabitkan kewangan, ada juga yang melakukan e-transaksi kerajaan, membeli-belah serta melakukan perkhidmatan awam.

     “Sehubungan itu, ibu bapa perlu peka dan tahu apa dilakukan anak ketika mereka melayari internet kerana pelbagai sumber maklumat sama ada negatif atau positif boleh diperoleh dengan mudah,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja Keibubapaan Efektif Dalam Menangani Media Baru pada Seminar Pemerkasaan Integriti Keluarga, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.“Remaja dan kanak-kanak menghabiskan masa 4.5 jam sehari melayari internet dengan remaja lelaki mendahului remaja perempuan berhubung penggunaan bahan porno di internet. Ibu bapa tidak tahu anak mereka mengguna purata, 19 jam seminggu untuk membuat carian di internet.

      “Kajian menunjukkan wujud kesan negatif daripada bentuk media baru ini. Ibu bapa tidak tahu 25 peratus kanak-kanak dan remaja berbual dengan orang yang tidak dikenali dan hanya empat daripada 10 ibu bapa saja yang mengetahui apa yang dicari anak di internet,” katanya.Sehubungan itu, Aminah menegaskan, pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan bagi membendung gejala keruntuhan moral disebabkan media baru, pada masa sama mengukuhkan integriti dan jati diri remaja serta kanak-kanak di negara ini.“Ada dedahkan alamat rumah, beri butir akaun termasuklah sebarang maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi dengan orang yang tidak dikenali.

No comments:

Post a Comment