Layan

Saturday 1 December 2012

Assalamulaikum wtb...
Pagi ini saya mendapat idea menulis  serba sedikit tentang "kebimbangan".Dalam beberapa hari ini,rasa kebimbangan sering melanda hari-hari saya.Hidup sebagai pelajar bagi pandangan peribadi saya haruslah mempunyai sikap"kebimbangan"yang banyak.

Perbezaan "Stres" dengan "kebimbangan".
Dua perkataan diatas adalah dua rasa atau perlakuan yang berbeza."Stres" didefinisikan sebagai tindak balas tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekan yang dihadapi di persekitaran yang berpunca penglibatan dalam aktiviti fizikal dan tekanan mental."Kebimbangan pula dimensi emosi dan kognitif dimana kebimbangan dijelaskan sebagai "ancaman"yang dijangka oleh seseorang individu.Kebimbangan berpunca daripada kebangkitan stres berdasarkan interprestasi negatif yang dibuat oleh pelaku.

Punca kebimbangan
1.Tekanan terhadap fizikal individu
2.Tekanan terhadap ego
3.Ketidaktentuan
4.Perubahan
5.Penilaian atau perbandingan sosial


Jenis-Jenis kebimbangan
1.Kebimbangan tret(trait anxiety)
Merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu dimana dia sering mentafsirkan situasi persekitaran mereka menekan atau menggugat diri.Persepsi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
Contohnya:seorang individu yang mempunyai darah gemuruh secara semula jadi mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi sekiaranya diberi peluang untuk berucap di kalayak ramai.Hal ini kerana tindakannya dipengaruhi oleh situasi sekelilingnya

2.Kebimbangan seketika
Tahap kebimbangan semasa yang terhasil daripada persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat dalam persekitaran pada waktu itu.Bagi individu yang mempunyai darah gemuruh tadi mentafsir bahawa tekanan yang wujud dalam persekitaran cukup menekan,maka individu tersebut bertindak atau memberi respon yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangannya.


Rujukan:"Mengaplikasikan teori psikologi dalam sukan"oleh Shaharudin Abd.Aziz

No comments:

Post a Comment