Layan

Saturday, 12 January 2013

BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI OTAK MACAM KELDAI


Satu masa dahulu mereka yang bergelar mahasiswa/mahasiswi begitu dipandang tinggi oleh masyarakat. Fenomena tersebut amat berbeza kini kerana golongan mahasiswa/mahasiswi tidak lagi dianggap golongan bijak pandai dek kerana moral kebanyakan daripada mereka ibarat sampah yang sangat busuk.Mungkin istilah yang sesuai untuk golongan ini ialah"belajar tinggi-tinggi tapi otak macam keldai"

Bukan niat penulis untuk memburukkan golongan mahasiswa atau mahasiswi tapi melihat kepada masalah yang sering berlaku dan dilihat  serius serta membimbangkan   menjadi tanda tanya penulis mengapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Saban hari terpampang di dada akhbar perihal golongan mahasiswa/mahasiswi yang melampaui batas-batas moral, sosial dan agama. Lebih parah lagi ada di antara mereka yang terpesong jauh daripada landasan sebenar selaku mahasiswa/mahasiswi.Mereka semakin berani membuat aksi-aksi 'Nakal' dan sudah terang lagikan bersuluh anak muda kini yang bergelar mahasiswa/mahasiswi begitu mudah terjerumus ke dalam kancah yang tidak sepatutnya mereka berada. Mungkinkah penularan budaya barat sangat mudah diakses oleh golongan bijak pandai ini? Atau mungkinkah kebebasan hidup yang jauh daripada keluarga menyebabkan golongan mahasiswa/mahasiswi merasakan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja?

Persoalan itu terlalu subjektif untuk dijawab kerana penglibatan golongan mahasiswa/mahasiswi dalam kancah yang tidak sihat semakin meningkat selari dengan semakin banyak pertumbuhan pusat-pusat pendidikan di negara kita samada institusi pendidikan awam mahu pun swasta.Walau apa pun, kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlu dengan secara serius mengambil tahu keadaan di sekeliling kita. Punca kerosakan akhlak remaja hari ini mungkin bermula dari rumah, sekolah sehingga terbawa-bawa ke menara gading. Ibu bapa harus menanam rasa tanggungjawab yang lebih untuk memantau anak-anak mereka. Jangan sesekali meletakkan kepercayaan 100% terhadapa anak-anak .
Namun harus diingat, didikan kita kepada anak-anak perlu dilakukan secara menyeluruh walau seharian kita sibuk bekerja. Yang paling penting, asas kepada kehidupan kita adalah agama. Jadi Semaikanlah benih kerohanian yang menjadi tuntutan dalam agama kita seberapa banyak yang mungkin kepada anak-anak supaya bekalan perjalanan hidup mereka sentiasa dirahmati, diberkati serta dijauhkan daripada sifat-sifat iblis Laknatullah. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment