Layan

Thursday 21 November 2013

Jangan pandang ringan masalah ini

Jika dilihat dengan kemajuan yang dialami oleh negara dari tahun ke tahun, banyak
perkara yang boleh dibanggakan. Namun begitu, tidak semua perkembangan membawa kepada sesuatu yang baik.Hal ini kerana mutakhir ini,isu dan masalah yang melanda negara kita ialah masalah kegemukan ataupun dengan kata lain obesiti.Isu ini mampu menjadi duri dalam daging dalam mencapai kemajuan yang disasarkan dalam wawasan 2020


            Peningkatan masalah obesiti dari semasa ke semasa sangat membimbangkan. Melalui sebuah penulisan oleh Tam Cai Lian (Dewan Masyarakat ), pensyarah di Fakulti dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya. pada tahun ogos 2012 menyatakan ,menurutt Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti..Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk “Nutrition Concepts and Controversies” (2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mangalami masalah obesiti. Tambahan lagi, seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di sana mengalami lebihan berat badan.

            Di Malaysia sendiri masalah ini menjadi kebimbangan kerana fenomenanya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Menurut akhbar Berita Harian yang dikeluarkan pada 2011/11/14 memaparkan tajuk Kadar obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN. Dalam penulisan ,Kuala Lumpur : Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Dalam ulasan akhbar, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. Menurut Datuk Dr Chua Soi Lek, peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempoh tujuh tahun boleh menjejaskan kemajuan dan pembangunana negara. Berdasarkan kajian  Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada  tahun 2002 hingga 2003 bagi orang dewasa 18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan  ini, adalah hampir 20 peratus berbanding kajian yang dijalankan sebelumnya iaitu  pada tahun 1996 sebanyak 20 peratus.

            Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).Masalah obesiti boleh dianggap seperti virus kerana  melibatkan segenap lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur, bangsa dan agama. Menurut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Negeri yang paling tinggi kadar obesiti ialah Perlis (21.7 peratus), diikuti oleh Melaka (17.7), Selangor (17.1) dan Kelantan (16.2). Sabah berada pada kedudukan paling rendah kadar obesiti penduduknya (10.5 peratus) menjadikannya negeri yang paling sihat.


Golong pelajar sekolah juga tidak terkecuali mengalami masalah obesiti. Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun.Di Malaysia  sendiri , Peningkatan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan membimbangkan. Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah kegemukan pada 2020 (laporan BH ).Menurut laporan itu , peningkatan ini berdasarkan trend peningkatan satu peratus kes obesiti pelajar setiap tahun. Kajian pada 2009 menunjukkan 10 peratus atau 1,150 daripada 11,500 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun mengalami masalah kegemukan, manakala enam peratus (690 kanak-kanak) mengalami obesiti. Satu kajian lain di Kuala Lumpur membabitkan 5,995 kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun pula mendapati murid lelaki mengalami peratusan berat paling tinggi iaitu 9.7 peratus berbanding 7.1 peratus murid perempuan.Kajian itu juga mendapati sekurang-kurangnya 10 daripada 40 murid di dalam satu kelas mengalami masalah kegemukan, tidak aktif dan berisiko berpenyakit.

No comments:

Post a Comment