Layan

Friday 14 June 2013

Hari Itu Sudah Tiba

Assalamulaikum w,t,b
    Rasanya ini moment kedua saya menconteng blog ini sepanjang satu semester ini.Ini mungkin disebabkan sepanjang semester ini banyak benda dan tugasan yang perlu diselesaikan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk merajinkan jari-jari ini menekan-nekan KeyPad untuk membina ayat.(Cewah Ayat tak boleh tahan).

   Tiada benda yang penting untuk dikongsikan untuk hari ini,cuba beberapa nukilan dan pahit manis dan asam garam sepanjang 2 tahun bergelar pelajar.Tidak dinafikan semester ini (4) sememangnya banyak benda yang berlaku disekeliling sama ada memberikan positif kepada saya atau sebaliknya.

  Kenangan yang terbina dan dirasai semester ini telah membuat saya lebih membuatkan diri ini berfikiran positif dan flleksibal.Banyak perkara yang berlaku membawa kepada perubahan diri dan serba sedikit melatih diri ini untuk lebih matang dalam membuat dan memberi keputusan dalam sesuatu perkara.
Membuat satu keputusan pastinya sesuatu yang sukar dan kadang-kala kepentingan untuk diri kita perlu di ketepikan dan dikorbankan untuk membuat keputusan yang tepat dan dikemudian hari tiada wujud sekeping perasaan di masa hadapannya iaitu menyesal.Walaupun keputusan yang saya beri  hasil pilihan lebih memberikan kepuasan kepada orang lain  tapi saya percaya dan cuba meletakan titik pemikiran dan tanggapan positif ianya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Apa-apa pun yang penting kena berfikiran positif dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Dan pengakhiran coretan saya untuk hari ini Hari Itu Sudah Tiba selamat bercuti kepada semua warga,kengkawan.Ahhhhh...sebelum tu kepada member2 yang dh nak mendirikan mahligai selamat pengantin baru.Maaf takdapat nak datang memeriahkan hari bersejarah anda..

Akhir sekali assalamulaikum w.t.b..dan senyum selalu.......